Sunday, February 10, 2008

Kau Yang Tak Mengerti By Pu3ChempakaBiru

“Aku terpenjara dalam sangkar emas cinta kelikir mu yang penuh duka dan siksa. Merobek lantas melapah hati ku yang telah mula menguntumkan bunga-bunga kasih dan sayang di batas cinta yang tidak berbaja”


Pernikahan merupakan satu perkongsian zahir dan batin diantara dua hati. Sebuah pernikahan yang dilangsungkan berlandaskan keterpaksaan dan dendam tidak memustahialkan mampu membuta hati dan perasaan. Itulah yang di hadapi oleh Eleanur Aqilla bilamana tanpa rela dia di paksa menerima Afros Mazher oleh ibu saudara yang telah menjadi ibu angkatnya sejak kecil. Meski hatinya sudah di serahkan pada orang lain, tapi dia akhirnya akur bilamana insan yang dicintai seolah tidak mampu mempertahankan cinta yang telah mereka lafazkan bersama.


“Aku boleh batalkan perkahwinan ini tapi dengan satu syarat. Engkau mesti berkahwin dengan Annur pada tarikh yang sama dia sepatutnya dinikahkan dengan Afroz Mazher, tapi selepas itu korang berdua boleh keluar dari rumah aku dan haram untuk korang menjejakkan kaki ke mari lagi walau dalam apa jua keadaan.” Itulah syarat yang telah ditetapkan oleh Mazita yang akhirnya melontarkan Annur ke sangkar emas penuh derita.


Afroz Mahzer sengaja mendera isterinya zahir dan batin. Sengaja menafikan hak yang sepatutnya diberikan oleh seorang lelaki yang telah bergelar suami bagi seorang perempuan. Kemusnahan cinta yang pernah di rasainya dahulu menjadi dendam yang membawa pada sebuah penyiksaan buat sesiapa yang cuba meraih cintanya. Itulah yang di hadapi oleh Annur. Dia di bawa ke bumi yang asing baginya, jauh dari sanak saudara dan di hidangkan dengan penderitaan yang sukar diramal. Hamparan hidup yang telah di sediakan oleh Afroz Mazher penuh dengan kaca-kaca siksa yang pasti melukakan dirinya. Pengorbanan dan ketulusan untuk menerima lelaki itu tidak pernah di iktiraf malah dia bakal menerima habuan andai apa yang dilakukannya bercanggah dengan apa yang telah di tetapkan oleh Afroz sewaktu malam pertama mereka dulu. Walau pun terluka, tapi Annur tetap bersabar dan berusaha menawan untuk melembutkan kelikir cinta suaminya.
Dia terpaksa menyaksikan perlakuan sumbang Salika yang sengaja menggoda suaminya malah kehormatannya hampir di cabuli oleh Nadeem sewaktu dia ghairah merangka agenda sempena menyambut Harilahir Afroz. Natijahnya dia di siksa atas segala perbuatan yang tidak dilakukan tanpa sedikitpun ruang untuknya membela diri. Annur masiah mampu bersabar untuk terus menelan segala kepahitan yang dihidangkan untuknya. Dia masih melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri buat lelaki sekejam Afroz Mazher yang langsung tidak menghiraukan kewujudannya. Layanan lelaki itu hanya lembut dan romantis bila Neelam sesekali bertandang ke rumah mereka. Ketika Afroz parah di belasah oleh kunco-kunco Nadeem dan Salika, Annur jugalah yang menjadi jururawat tidak bertauliah merawatnya. Namun segala kebaikan itu masih tidak berupaya meleburkan kelikir dendam cinta di hati lelaki itu. Kemuncak segala derita apabila permintaan Afroz pada Neelam dibalas dengan syarat yang benar-benar membakar kesabaran lelaki itu….

“Kau akan dapat kembali segala yang pernah menjadi milikmu setelah Annur memberikan waris pada keturunanmu…”


Akhirnya tanpa pertimbangan waras akal, Afroz telah memukul Annur dengan teruk dan mengalam truma yng amat kronik. Dia diselamatkan oleh keluarga Shariff lantas merawat jiwanya hingga pulih. Namun ketentuan Allah mengatasi segala perancangan yang terdaya dilakukan oleh manusia. Annur dipertemukan kembali dengan kekasih yang dianggapnya pengecut dan penyebab hidupnya menjadi segawat itu. Hazral muncul di saat Annur pasrah pada nasib dirinya. Annur menyerahkan nasibnya pada segala ketentuan yang talah ditakdirkan buatnya.


Apakah kesudahan nasib Annur... bagaimana kesudahan kisah sedihnya bersama lelaki yang tidak pernah menghargai akan kehadirannya.... dan apa pulak tindakan Hazral setelah bertemu kembali dengan Annur.... kalau nak tahu apa yang terjadi pada Afroz, Nadeem, Salika dan yang lain-lain, cepat-cepatlah dapatkan novel ini di kedai-kedai buku yang berhampiran. Percubaan pertama penulis ini menghasilkan sebuah novel bertemakan konflik rumahtangga harus diberi pujian. Dia berjaya menyeret emosi wanita untuk turut merasakan penderitaan yang di tanggung oleh Annur yang diperjodohkan dengan seseorang yang tidak dikenali jauh sekali di cintai. Kerana harta dirinya merana… kerana harta jiwanya tersiksa…..


Novel ini juga memberi pengajaran yang boleh kita renungi bersama…..


1. Ibubapa haruslah bermusyuwarah dengan anak-anak sebelum menentukan jodoh untuk anak-anak mereka agar terhindar dari segala perkara yang tidak diingini.


2.Kenalilah sahabatmu zahir dan batin sebagaimana kau mengenali bayangnya dan curigailah sahabatmu biarpun sebesar hama sebelum menyerahkan kepercayaan agar tidak di khianati tanpa tidak kau sedari.


3.Usah menjadi pendendam cinta hanya kerana dirimu di sakiti, justeru jadikan lah kesakitan itu sebagai panduan untuk kau mencari penawar menyembuhkan luka atas apa yang pernah kau alami.


4. Seorang isteri adalah amanah yang allah anugerahkan buat lelaki bergelar suami. Layanlah dia dengan sebaiknya bukan di sakiti dengan sewenangnya.


Apa pun satu teguran yang rasanya boleh direnung oleh penulis ini. Flashback yagn dilakukannya dalam mengimbas kembali memori di zaman Universiti dulu agak panjang. Di awal penceritaan, penulis telah membawa pembaca pada perkahwinan Eleanur Aqilla dengan Afroz Mazher. Bila flashback itu agak panjang [dari bab 3 hingga ke bab 22] membuatkan pembaca boleh terlupa seketika akan plot di awal garapannya. Tapi aku suka cara dia menyambungkan kembali plot reality dengan flashback, cantik… membuatkan kita tidak hilang arah dalam pembacaan yang telah digariskannya. Syabas dan tahniah atas cubaan yang berani darinya. Mengenengahkan satu lagi rencah dalam kehidupan yang semamangnya berlaku dalam masyarakat kita.....


Aku suka cara dia berkomunikasi dengan rambulan. Meluahkan apa yang jua yang dirasa dan dialaminya. Nampak sweet je... Ehem... pernah buat ke.... ahaks.....



“Rambulan, izinkan aku mencatatkan isi hatiku di dadamu.. biar airmata ini menjadi warna pada duka dan luka yang aku rasa, hadiah dari seorang yang apakah layak untuk ku panggil SUAMI…. "

No comments: