Wednesday, June 4, 2008

REVIEW: HANYA DIKAU BY PU3 IMANEISYA

Andai sudah ditakdirkan dalam sebuah perjanjian azali, siapa aku untuk menolak atau menidakkan sebuah ketentuan. Siapa aku untuk menyatakan tidak pada sebuah ketetapan yang telah tersurat dalam segala yang tersirat bahawa hati ini Hanya Di Kau yang akan memiliki....*

Ira Fashua... begitu indah seungkap nama. Lembut bila disebut, sedap bila menyapa di pendengaran, tapi bagai tidak layak bila pemiliknya seorang yang agak kasar. Tersasar jauh dari sifat lemah lembut seorang perempuan. Angin taufan ribut Lanina yang hadir tanpa amaran sering membuat gadis itu kerap berada di gelanggang pertengkaran. Namun Ira Fashua tidak pernah menghiraukan. Apa sahaja yang tidak berkenan dan kena pada hati dan pemikiran, bakal diperdebatkan tanpa mengira siapa pesaing yang menjadi pasangan.

Dalam usia yang meniti ambang, gelaran 'Andartu' sering dijadikan perkaitan akan sikap gadis itu yang sebegitu. Berbagai insiden berlaku selepas perkenalan luar jangka yang terjadi antara dirinya dengan Erze Zullis. Keduanya punya persamaan, dicanai dan terbentuk dengan sikap dan sifat yang sama. Istilah mengalah atau beralah bagai tidak pernah wujud dalam diri keduanya bila berada di gelanggang perdebatan. Tutur kata menjadi senjata, degil dan ego menjadi perisai untuk meraih kemenangan. Ada sahaja yang menjadi agenda perdebatan mereka. Ada sahaja yang jadi umpan untuk meledakkan kemarahan keduanya. Benci dan menyampah berselerak di dalam hati membuatkan keduanya bagai tidak boleh bertemu. Lebih-lebih lagi ada insiden di airport yang membuahkan dendam di hati Erze Zullis terhadap Ira Fashua, dendam yang perlu dibayar. Menuntut bela terhadap kesakitan yang dialami hadiah dari gadis ayu sekasar Ira Fashua. Namun dalam pada itu, tanpa sedar hati diacah satu rasa yang cuba dibendung dan dinafikan sekeras-kerasnya. Kata Ira Fashua Erze budak mentah, manakala bagi Erze Ira sudah diambang ketuaan... not his teast anymore. Berlagak dan angguh keduanya menafikan acahan yang mula mengusik.

Perkenalan Ira Fashua dengan Xu Da Feng seakan menyedarkan hati seorang perempuan bahawa dalam sebuah kehidupan kehadiran seorang lelaki masih diperlukan. Namun nostaljia silam mengunci sekeping hati di dalam frezer hingga membekukannya membuatkan Ira Fashua masih tega membiarkan dirinya terus dibelenggu kebekuan. Biarpun Xu Da Feng kerap membuatkan Ira Fashua keriangan. Tanpa sedar hati yang beku Sang Arjuna Cinta melepaskan panah berbahang cinta. Pada siapa di tuju dan siapa yang terkena tuju. Mengapa pula tiba-tiba Erze Zullis diambung tsunami cemburu yang membuak-buak..... Semuanya terjawab bila kita mulakan pengembaraan dalam Hanya Di Kau......

Novel yang aku cari dari sebuah toko buku ke sebuah toko buku dan akhirnya seseorang yang membelikannya untuk aku. Memang aku tak menyesal tapi terasa macam terhutang budi pulak pada yang membelikan. Kali pertama membaca, aku dah tersenyum. Susunan ayat penuh selamba.... gila-gila dan santai habis. Memang best... syiok bangat. Kalau aku nak ceritakan secara keseluruhan, tak bestlah kan, tapi aku berani jamin pelaburan yang dibuat untuk novel ini tidak akan mengecewakan. Jika tidak masakan novel ini menjadi Best Seller 2007 dibawah terbitan Buku Prima.


Well komen aku:

Hanya Di kau punya kekuatan berlandaskan plot cerita santai dengan gaya bahasa yang mudah dan selamba. Sikap dan sifat watak utamanya Ira Fashua dan Erze Zullis yang bagaikan anjing dengan kucing membuatkan plot cerita ini berkembang tanpa rasa bosan. Berbagai insiden yang berlaku membawa kita sama-sama tersenyum, tertawa dan kadang kala terasa geram dan marah justeru keduanya tidak pernah mahu memahami istilah toleransi untuk terus mendominasi apa yang mereka inginkan. Kewujudan orang ketiga yakni Xu Da Feng juga dicanai dengan cantik. Sikap pemuda China-Korea yang mampu membuai perasaan Ira Fashua membuatkan ada yang merasa tercabar.

Aku suka usaha dan cara Erze Zullis menawan hati isterinya. Nak tahu sapa isteri dia, kenalah baca sendiri dan yang paling best bila dia menghilangkan diri... kenapa dan apa yang dibuatnya.... semua akan terjawab bila kita membaca. Dan satu lagi yang best... kehadiran lima pasang anak kembar.... Wallah... meriahnya.... hehehehehe

Apapun aku rasa kali ini penulis berjaya menghasilkan sebuah garapan yang benar-benar tidak mengecewakan.... walau lekuk dan lenggok terkadang pincang tapi semuanya dapat ditampung dengan cantik hingga sukar untuk kita rasakan kejanggalannya. Syabas buat si penulis.... moga selepas ini akan hadir sebuah lagi karya beliau yang akan terus menjulang nama dan mengiktiraf usaha yang selama ini beliau lakukan.... Syabas dan tahniah sekali lagi.....