Sunday, February 10, 2008

Hanya Dikau By Adhan



SINOPSIS DIOLAH OLEH ADHAN :

Peristiwa pahit di hari pernikahan membuatkan Ira Fashua tidak mempercayai lelaki..baginya lelaki semua sama, sama seperti bekas tunangnya. Namun pertemuan Ira Fashua dengan Erze Zullis mengubah segalanya. Ira Fashua dan Erze Zullis bermusuhan lantaran tragedy yang berlaku semasa Ira Fashua menjemput sepupunya di lapangan terbang dan juga peristiwa semasa perkahwinan sepupunya itu.

Kataku:
`Bagi aku Hanya Dikau (HD) lebih baik dari novel Kau Yang Tak Mengerti. Mungkin penulis telah membuat homework dan mengambil pengajaran dari apa yang berlaku ketika beliau menulis KYTM. Pada aku, penulis semakin bijak untuk mengolah cerita yang penuh dengan konflik. Konflik yang diciptakan antara Ira Fashua dan Erze Zullis mampu membuatkan aku untuk terus setia membaca sehingga ke muka surat terakhir.


`Cerita logic tapi masa part Ira dan Erze bergaduh masa persandingan Riana dan Ilham tu macam kureng je..mereka bergaduh seolah-olah takde orang disekeliling…hanya ada cameraman…sepatutnya buatlah yang ada orang menegur mereka bertelagah tu..ini pengantin je yang tegur.. lagi satu je, selalu dalam novel orang guna nama yang ringkas tapi HD menggunakan nama yang panjang…dua nama..jadi masa baca tu macam tak best je..kena sebut nama panjang-panjang..mungkin penulis memang suka nama panjang-panjang…


`Apa pun, aku geram dengan Erze dan juga Ira…angin je..pantang silap sikit..Cuma aku macam terkilan sebab masa Ira luahkan masalah dia pada Zaila dan Riana, diaorang tak sokong dia..memanglah Ira buat salah sebab abaikan tanggungjawab terhadap suami tapi aku rasa, sebagai teman dan sepupu, sekurang-kurangnya Zaila dan Riana tu bagilah sokongan pada Ira..ini bagi nasihat macam semuanya Ira yang salah…



`Apa pun, HD adalah sebuah cerita menarik dan antara novel menarik yang dikeluarkan oleh Buku Prima.


JAWAPAN PENULIS ASAL KEPADA KEMUSYIKILAN PENGKRTIK INI :


1. Pergaduhan Ira Dan Erze semasa persandingan Riana dan Ilham bukannya tak nak buat orang ramai tegur tetapi jika pelamin dan tempat orang makan agak jauh, rasanya macam kurang sesuai jika tiba-tiba ada orang yang nak naik atas pelamin dan tegur sedangkan mereka tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku atas pentas. Mereka mungkin boleh berbisik sesama sendiri tapi utk tegur … rasa macam tak kena.

2. Menggunakan nama yang panjang (Dua Nama) dan pelik adalah trademark saya. Setiap penulis mempunyai trademarknya yang tersendiri.Terpulang jika ada yang tidak menyukainya. Tapi ini tidak bermakna saya tidak suka menggunakan nama yang ringkas, ikut dalam senarai nama yang telah saya susunkan. (Senarai nama penting tau sebab tak nak terulang dua kali nama yang sama dalam novel yang berlainan. Kalau ada pun mungkin secara tak sengaja.)

3. Sengaja buat Zaila dan Riana tidak menyokong Ira Fashua kerana mereka sudah terlalu letih hendak melayani kerenah Ira Fashua yang terlalu ego terhadap suaminya. Mereka ingin Ira Fashua sendiri sedar tentang kesilapan yang dia sendiri lakukan. Maaf jika ia tidak menepati kehendak jiwa awak.

Walau apa pun, terima kasih sekali lagi kerana telah menyedarkan kesilapan kecil yang mungkin tidak saya sedari. Karya ini telah saya hasilkan sebaik sahaja selepas KYTM saya hantar ke penerbitan dan sebelum awak memberi komen terhadap sebarang karya saya. Namun, kritikan awak terhadap KYTM telah membuat saya lebih berhati2 dalam berkarya walaupun saya tidak dapat memuaskan hati semua orang dan apabila saya berkarya, pasti saya akan terbayangkan komen yang akan awak beri membuatkan saya lebih meneliti hasil yang telah saya olahkan. Sekurang-kurangnya, awak adalah sumber inspirasi saya ke arah menghasilkan karya yang lebih berkualiti. Terima kasih Adhan atas apa yang telah awak lakukan pada saya. Untuk pengetahuan semua, HANYA DIKAU adalah cara saya mula2 berkarya ketika menceburi diri dalam bidang pernovelan. Jika ramai yang menggemari cara yang sebegini, mungkin akan saya kekalkan ia.

Hati Ini Milik Siapa By Pu3ChempakaBiru

“Dia cuba melupakan kecewa yang terhampar, tapi dia tetap terperangkap dalam Jerat Percintaan yang tidak di undang….”


Ezmira tidak menduga akan kembali lagi ke dakapan kota metropolitan yang pernah melapah hatinya pada sebuah percintaan yang tidak kesampaian. Tawaran yang diberikan oleh Syarikat Pena Rindu Publishing sebagai ketua editor memang di luar jangkaan. Sedih juga rasa hati bila terpaksa meninggalkan Permata Publishing yang sudah banyak memberi ruang untuknya menimba ilmu. Lebih sedih lagi kerana terpaksa berjauhan dari keluarga dan teman-teman di tanah tumpah kelahiran sendiri. Namun demi untuk mengukuhkan lagi kerjayanya, dia akur pada sebuah penghijrahan meski sedar cosmopolitan ini tidak akan bersubahat dengannya untuk membolehkan dia bersembunyi. Lambat laung kehadirannya pasti akan terhidu lebih-lebih lagi setiap lorong di kota ini bukanlah asing yang bisa menyesatkan buat penjejaknya.



Dalam berhati-hati, dia diziarahi oleh Danish. Sudah di duga, sudah di jangka. Anak mud aitu pasti akan menagih hutang penjelasan di atas kehilangannya selama ini. Dia di asak persoalan, namun Ezmira tetap selamba kodok. Hati yang pernah remuk tidak diperlihatkan malah tiap pertanyaan Danish dibiarkan berlalu bersama bayu yang berhembus sayu. Hubungan yang suam-suam itu masih betah bertahan malah acapkali juga dia memenuhi permintaan anak muda itu untuk keluar bersama.



Kehadiran Hezriq menyemarakkan kembali rasa marah dan sakit hati yang selama ini berkubur di liang pusara hatinya. Apatah lagi dengan permintaan giler pemuda itu yang ingin menjadikan dirinya sebagai isteri kedua. Biar pun mendapat restu dan keizinan dari Thalia Lorenza, tapi Ezmira tidak segiler lelaki itu untuk memenuhi kemaruk cinta atas kepentinga hati dan perasaan semata-mata. Justeru itulah Ezmira tidak pernah rasa teruja dengan segala usaha dan kesungguhan Hezriq untuk menawak puncak hatinya yang sudah tepu dan beku.



Takala Pena Rindu Publishing berhadapan dengan konflik gunting dalam lipatan, Ezmira bijak memainkan peranan. Pengalaman dalam bidang penyiasatan yang pernah di praktikkan satu ketika dahulu di gunakan kembali. Orang yang menjadi dalang mensabotaj kestabilan perjalanan syarikat berjaya di berkas malah secara tidak langsung turut sama berjaya membongkar satu sindiket penyeludupan yang selama ini bertopengkan sebuah syarikat penerbitan.



Bekerja dengan Jimmy Shanley, pemilik Pena Rindu membuatkan hati wanitanya bergetar. Cinta yang kadangkala menyapa seakan mengacah dua jiwa. Namun mampukah ianya di realisasi sedangkan di waktu yang sama dua lagi pemuda seolah tidak kenal erti putusasa dalam menagih kembali cinta miliknya.



Hezriq…. Kisah cinta denganmu sudah lama ku bungkus dalam karung berwarna hitam lantas aku lontarkan ke dalam lori Alam Flora yang mengangkut segala sampah sarap yang menyemakkan taman hati ku. Lelaki selfish seperti dirimu tidak layak untuk mendapatkan kembali apa yang pernah ku berikan dulu. Aku tidak ingin mengisi jauh sekali memenuhi qoata yang sering kau agungkan itu. Kau seharusnya di ajar bagaimana untuk menghargai cinta yang telah di sedekahkan pada dirimu……



Danish… aku bahagia di sampang mu. Tiada sebesar zarah pun cacat cinta kasih sayang kasih sayang dan perhatian yang kau persembahkan pada ku. Semuanya sempurna malah mampu membuai lenaku di dakapan bahagia. Namun aku masih belum mampu membuka pintu hati ini untuk mempersilakan kau masuk lantas bersama di singgahsana hati ku. Justeru diantara kau, masih ada dia yang tidak pernah tahu erti setia membuatkan aku jadi m uak hingga kau turut menjadi mangsa kemuakan aku ini.



Jimmy Shanley…. Hadirmu membawa getar dalam diriku. Kau kocak emosi cinta dalam naluri wanita ku. Terkadang aku bertanya, bilakah agaknya bunga-bunga cinta ini berkembang lantas mengharum bak setanggi di taman syurgawi??? Kau sentiasa ada di kala jiwaku meronta di hempas badai dugaan dari insan yang tidak sealiran bahasa. Dalam diam, aku membiarkan kasih sayang ini kian melebar antara kita. Engkau tiba bagaikan pelangi… Tak bercahaya namun kau berseri… tapi cukup menghiburkan hati ini….



Namun Hati Ini Milik Siapa… aku masih terbelenggu dalam teka teki cinta yang entah di mana penyelesaiannya……



Sebuah novel cinta suspend. Berbagai unsur diterapkan bersama untuk mengwujudkan satu kelainan dalam novel garapannya kali ini. Kita di hidangkan rasa suspend bila Ezmira menjalankan penyiasatan hingga membawa pada rasa seram walaupun ianya digarap dengan begitu bersahaja. Merasakan romantiknya bila berada bersama insan yang menyayangi dan menyintai. Rasa marah dan meluat bila berhadapan dengan lelaki yang sekadar memikirkan akan kepuasan diri dalam memburu cinta tanpa menimbangkan hati dan perasaan insan lain. Novel kali ini juga banyak bermain dengan monolog dalaman watak utamanya yang seakan masih terpenjara dalam jerat percintaan masa silamnya. Walau bagaimana pun novel ini tidak berat dan agak santai dengan penggunaan bahasa yang cukup mudah lagi sempoi giler. Mengacah senyuman di plot-plot yang tertentu. Ha! kalau korang nak tahu… apa lagi.. dapatkan di pasaran segera sementara stok masih ada dan duit masih berbaki. Mesti korang akan suka lebih-lebih lagi dengan loghat Penang yang diselitkan secara bersahaja. Sure buat korang enjoy…….



“Hati Ini Milik Siapa???? Apakah akan ku persembahkan lagi pada insan yang pernah melapahnya dengan dusta…. Atau pada dia yang tega menganyam buih-buih harapan di dada lautan kasih yang sejauh mata memandang… atau buat insan setulus pelangi petang yang sentiasa membuai emosiku dalam bahagia yang tak dapat ku gapai…. “ Carilah jawapannya dalam Hati Ini Milik Siapa….


Cinta….
Tegakan hatiku
Tak mahu sesuatu merebut engkau
Naluriku berkata tak ingin berulang lagi
Kehilangan cinta hati bagai raga tak bernyawa



Aku junjung petuamu
Cintai dia yang mencintaiku
Hatinya turut berlayar kini telah menyepi
Bukankah hidup kita akhirnya harus bahagia

Dialah Di Hati By Pu3ChempakaBiru

Bukanku tak sudi...

Bila hati terkurung dalam penjara kasih tak berkunci, pintunya pula dibawa entah ke mana. Penantian yang entah di mana paksi akhirnya. Tercari dan mencari dalam seribu kesamaran tanpa sebarang cahaya sebagai panduan. Namun semua itu tidak dihiraukan. Bila cinta sudah tersimpul, tak mungkin mudah untuk mengungkainya.



Sekeras hati Rina Erviana, luntur juga akhirnya dengan perasaan cemburu milik seorang perempuan. Cinta yang semakin berkembang buat insan bernama Yafiz, membuatkan dirinya diamuk berbagai rasa bila lelaki itu menguji dengan meninggalkan dirinya tanpa berpaling semula. Kemesraan anak muda itu dengan gadis lain benar-benar berjaya melorek hatinya dengan berbagai paten kedukaan. Sesal bertandang dipenjuru rasa membuatkan keegoaan yang menjadi bentang diri luntur dan lebur menyembah bumi. Dia akui cintanya terpatri untuk lelaki itu, namun perpisahan bertandang jua. Apa pun Rina tetap berpegang pada 4K 1P yang pernah diungkapkan oleh anak muda itu sebagai simbolik kejituaan cinta mereka.


Mengapa keghairahan Datuk Zefri mengakibatkan Rina koma meski sebelum itu dia terlontar dalam kancah percintaan tanpa rela….. Mengapa lelaki kabaret seperti Ash’rizal tidak faham erti TIDAK lantas enggan menerima penafian haknya yang telah dilabelkan…. Tegakah Izzuddin terus membiarkan dirinya menjadi pelakun pada sebuah drama yang diarahkannya tanpa skrip yang diluluskan oleh lembaga penapisan kedua orang tuanya…. Betahkan Tengku Irfan bermain dengan kejutan semata-mata untuk memastikan Cinderella hatinya menjadi pemaisuri di istana impian….. dan sampai bilakah Yafiz sanggup berselindung disebalik bilangan mawar yang dititipkan buat ratu hatinya…….


Biarpun Datuk Zefri berjaya mencalitkan minyak senyonyong yang membuatkan Rina Erviana hanyut dalam cinta ciptaan manusia plastik yang naïf akan dosa atas perbuatannya malangnya ia tidak kekal lama. Sahabat-sahabat sejatinya tetap berusaha membantu mengembalikan dirinya ke alam nyata, lantas membebas dirinya dari cengkaman cinta Datuk Zefri yang bersendikan nafsu semata. Ash’rizal yang satu ketika pernah bertakhta di singgahsana hatinya kembali ingin mencuri ruang. Biar sudah berkali-kali Rina menafikan hak lelaki kabaret itu, tapi anak muda itu tetap tidak mengindahkan. Syarat yang diberikannya cuma satu. Pengharapannya akan berakhir jika gadis itu punya kekasih hati. Ketika itulah tanpa berfikir natijah dari apa yang dilakukan, Rina Erviana menyambar Izzudin untuk diherat sebagai pelakun utama dalam sandiwara arahannya. Keselambaan anak muda itu mengikut skrip yang tidak pernah dilihat berjaya menyakinkan Ash’rizal tanpa mengsyaki walau sekelumit dirinya dihidangkan dengan drama swasta gadis bernama Rina Erviana. Kata orang bila sudah di tolong, jangan pula lokek untuk menolong.


Rina Erviana terpaksa meneruskan aksi lakonannya. Kali ini skrip dan arahan dari Izzudin untuk mengaburi penglihatan kedua orang tuanya yang tidak rabun jauh sekali buta agar dirinya tidak terus diprovok menerima sepupu sendiri sebagai suri. Kekasih olok-olok dan bakal menantu palsu ciptaan mereka berjaya meletakkan dirinya dalam dakapan kasih sayang kedua orang tua Izzudin. Layanan yang diterima membuatkan Rina Erviana diburu rasa bersalah. Dia tidak mahu terus memberi harapan yang ternyata tak mungkin bisa direalisasikan dalam apa jua keadaan. Hati yang sudah diikat dengan janji yang tidak dilafaz seakan penjara yang tidak memungkinkan dirinya menerima insan lain selagi kenyataan tidak berada di dalam genggamannya.


Kehadiran Tengku Irfan seakan membawa kembali pada kenangan silam bila mana lelaki itu gemar memberikan berbagai kejutan persis yang pernah dilakukan oleh seseorang pada dirinya. Dia dimanjakan dengan kejutan ala Cinderella… gaun dan sepatu kaca dititipkan buat dirinya. Kereta kuda menanti kehadirannya untuk dibawa ke mahligai ciptaan Tengku Irfan semata-mata agar dia benar-benar merasakan diri umpama Cinderella dalam dongeng dulukala.


Tapi mengapa segala usaha anak muda itu masih gagal membebaskan sekeping hati yang terpenjara dan apakah Rina Erviana masih mengharap kemunculan Yafiz untuk mengakhirkan segala penantiannya …


Segalanya akan terjawab bila kita membaca novel Dialah Di Hati…. Kita akan dibawa merentasi betapa indahnya andai ada yang sanggup menunaikan hasrat dan impian yang selam ini sering kita angankan. Erm tak rugi membeli novel ini…. justeru plot ceritanya berjaya diadun dengan cantik…. Actually aku nak masukkan beberapa dialog yang terdapat di dalamnya, tapi nampak gaya ini pun dah berjela… nanti bosan pulak… so kalau nak tahu, baik korang pegi beli dan baca.. mesti korang akan tersenyum, marah, geram dan macam-macam lagi… pendek kata.. macam-macam perisa yang ada….. dan aku rasa lagu ni memang kena dengan novel ni……. apa lagi kalau bukan lagu latar blog aku ni….


Bukan ku tak sudi kasih untuk bersamamu bercinta lagi

Dan antara kita tidak sehaluan lagi

Maafkan diriku sayang menolak cintamu sekali ini

Walau pun ku tahu bersungguh benar hasrat hatimu

AKu Cinta Kamu By Pu3ChempakaBiru

DENDAM SEORANG PEREMPUAN

Dendam Qesteen membuatkan Ezzy terus memburu cinta yang masih betah di hatinya. Menanarkan perasaan Zairil akan hembusan asmara cinta yang kian bergelora. Namun siapa dapat menduga, tsunami yang pernah mereka hadiahkan telah merobek luka yang dalam pada sekeping hati membuatkan Marsya Qistina nekad meneruskan permainan di gelanggang cinta duka insan bergelar LELAKI. Biar mereka rasa betapa hangatnya bahang yang bisa membakar... biar mereka penasaran dalam cinta yang sukar di gapai.


"Dalam kamus hidup aku, tak ada perkataan putusasa untuk berjumpa gadis selincah Qisteen. Lautan api pun sanggup aku renangi."

'Memang benar apa yang kau duga Ezzy. Yang terlahir dari bibirku tidak pernah seiring dengan apa yang terpendam di dalam hati. Selagi korang tidak terkena bahana api dari semarak cintaku, selagi itu aku tak akan puas. Dan kau Zairil, akan ku pastikan kau bakal terkena sumpah seranah cinta Masya Qistina'




Plot yang digarap begitu bersahaja membawak kita turut sama merasakan betapa sakitnya hati bila cinta yang diberi sengaja dikhianati angkara paras rupa yang sentiasa menjadi raja dalam sebuah perhubungan. Apa yang dilakukan oleh Masya Qistina harus dipuji. Keberaniaannya yang nekad membuatkan dia semakin kuat untuk menyedarkan LELAKI Si Arjuna Cinta yang sentiasa beranggapan cinta boleh diperolehi dengan mudah dan mudah juga untuk menodai keikhlasan dan kesucian sekeping hati yang dipersembahkan. Cinta seorang perempuan sering mereka jadikan barang pertaruhan untuk memperlihatkan keegoaan dan kejaguhan di arena ciptaan mereka sendiri. Tapi mereka seakan terlupa tidak semua perempuan boleh diperlekehkan. Tidak semua perempuan akan melutut hanya untuk meraih cinta yang entah di mana keikhlasannya malah tidak mungkin lelaki jua bisa jatuh tersungkur dibakar api cinta seorang wanita hingga tidak lagi memperdulikan keegoaan yang selama ini diangungkan. Namun fitrah hati seorang perempuan tidak mampu menolak keindahan cinta pertama yang terus bertahta disinggahsana hati. Sesekali Masya Qistina juga lemas dilambung ombak perasaan yang menghayutkan dirinya di lautan rindu yang tidak bertepian. Teringatkan cinta pertamanya yang seakan sengaja dipersendakan, membuatkan dia rela berenang menentang gelombang rindu yang semakin menyakitkan. Namun dia tetap tega selagi dendam dan azamnya belum bertemu pada nokhtah kepuasan.

"Kau jantan yang tak tahu malu. Menagih cinta dari orang yang tak sudi."


"Oh! Berlagak kau sekarang ni yer. Aku tak akan lepaskan kau selagi kau tak mengakui yang kau cintakan aku."


Sekeras manapun ego seorang perempuan, seluka mana pun hati yang pernah dirobek, pasti akan terusik bila kejujuran dan keikhlasan cinta dipersembahkan dengan sepenuh jiwa. Bagaikan kunci azimat yang membuka pintu hati yang telah lama tertutup, bagaikan penawar yang menyembuhkan segala kelukaan dan kedukaan yang pernah dirasakan, begitulah yang dirasakan oleh Masya Qistina bila cinta pertamanya kembali berputuk lantas bercambah merimbun di taman hati bila jejaka yang pernah mempersendakan cintanya kembali membawa dirinya dalam dakapan kasih yang tidak mungkin terlerai lagi makan... aku harus mengakui bahawa AKU CINTA KAMU.......



***** Komen aku:


Rasanya tiap perempuan patut baca novel ni terutama yang pernah gagal dalam cinta atau dengan lebih tepat cinta dipersendakan oleh kaum ADAM... [kadangkala depa fikir depa tu baguih sangat.... depa aje yang ada perasaan... kita ni tarak.... ] dalam novel ni kita akan disuntik dengan satu semangat baru... satu kesedaran bahawa hidup tidak akan berakhir walaupun cinta dikhianati oleh orang yang kita sayangi... perwajakan diri.. jitukan semangat.... buktikan bahawa kita juga boleh bangun dan berjaya mengheret kaum ADAM pada sebuah pemburuan yang akan melemaskan mereka....


Aku beri komen sebegini bukan kerana aku kenal penulisnya... tapi kerana apa yang diselitkan dalam garapan bersahaja sebuah novel. Orang kata... kalau kita nak kenal penulisnya, maka bacalah nukilannya... [namun aku membaca bukan kerana aku kenal penulisnya, tapi kerana aku nak tahu apa message yang terselit disebalik kisah yang dipaparkan oleh seseorang itu] tapi tak semudah itu.... permainan kata dalam kreativiti terkadang jauh tersasar dari reality sebenar seseorang itu.... namun aku tak nafikan mungkin ada terselit pengalaman yang dilalui sendiri oleh penulis itu bagi mencantikan renda tarian ilhamnya... seperti Dua Puluh Lapan haribulan FEBRUARY.... ahaks.....
Well.... siapa penulis novel ini... jeng... jeng... jeng..... penulisnya adalah Ebriza my HOneyBanny... tahniah sayang.... seronok sesangat membacanya......

Aku Cinta Kamu By Mama Erra

Kisah cinta yang terjadi antara Dalinda, Damien dan Nirul Nizam tidaklah semudah yang disangka jalan penyelesaiannya. Antara Damien & Nirul Nizam tidak mahu mengalah dan masih memburu sekeping hati milik Dalinda. Lantaran itu Dalinda terkapai di ambang kemelut, tak berdaya menyingkirkan cinta abadi kedua-dua pemuda yang berebutkannya. Mampukah dalinda menyingkir salah seorang dari mereka? Siapa yang berjaya menawan hati Dalinda sehingga ke gerbang perkahwinan? Dan apakah sebenarnya kata hati Dalinda....


Semasa membaca novel ini, aku teringat akan satu cerita... rupa2 ia adalah susulan dari novel Dambaan Pilu.... *aku pernah baca novel ni, macam ingat-ingat lupa jalan ceritanya dan aku tak perasan pula yang Dambaan Pilu tu novel Ebriza... main baca aje masa tu* Seronok juga sekali sekala membaca novel remaja yang ringan dan santai ni... Semasa membaca novel ni maka terimbaslah kembali masa zaman-zaman aku di kolej dulu. Memang tidak dinafikan, banyak kenangan pahit dan manis dilalui pada masa itu. Apa yang dilalui oleh Dalinda, Damien dan Nirul Nizam ni memang biasa terjadi, maklum sajalah... baru saja memasuki alam kedewasaan. Darah muda tengah bergelora... faham-faham sajalah.

TINTA PENULIS ASAL …

Julung-julung kalinya Novel APA KATA HATI direview oleh seseorang dan orang itulah adalah MAMA ERRA. Terima kasih. Novel ini memang merupakan kesinambungan daripada Dambaaan Pilu dan disambung sebanyak dua siri lagi iaitu DAMIEN & TANGISAN DALAM KERINDUAN. Novel ini merupakan hasil karya pertama aku dan diterbitkan oleh GHOSWRITER (Dibawah naungan AHADIAT AKASHAH) pada tahun 2004.

Bagi golongan pengreview yang professional, mungkin keempat-empat novel ini terdapat banyak kelemahannya namun tidak boleh salahkan aku 100% kerana novel-novel ini merupakan hasil karya yang pertama kali aku siapkan. Memang ramai yang memberikan aku komen setelah membacanya, aku terima dengan hati yang terbuka dan cuba mempelbagaikan genre penulisan aku mengikut peredaran usia.

Siri Dambaan Pilu ini menjadi kegemaran anak-anak remaja dan begitu popular sekali pada tahun berkenaan tetapi kehadiran aku dalam industri ini masih belum kuat & kukuh, sebab itulah ramai yang tidak sedar akan wujudnya seorang lagi penulis dari Utara. Terima Kasih kepada semua Pengreview dan Pengkritik kerana sudi memberi komen anda untuk setiap novel aku.

Kau Yang Tak Mengerti By Pu3ChempakaBiru

“Aku terpenjara dalam sangkar emas cinta kelikir mu yang penuh duka dan siksa. Merobek lantas melapah hati ku yang telah mula menguntumkan bunga-bunga kasih dan sayang di batas cinta yang tidak berbaja”


Pernikahan merupakan satu perkongsian zahir dan batin diantara dua hati. Sebuah pernikahan yang dilangsungkan berlandaskan keterpaksaan dan dendam tidak memustahialkan mampu membuta hati dan perasaan. Itulah yang di hadapi oleh Eleanur Aqilla bilamana tanpa rela dia di paksa menerima Afros Mazher oleh ibu saudara yang telah menjadi ibu angkatnya sejak kecil. Meski hatinya sudah di serahkan pada orang lain, tapi dia akhirnya akur bilamana insan yang dicintai seolah tidak mampu mempertahankan cinta yang telah mereka lafazkan bersama.


“Aku boleh batalkan perkahwinan ini tapi dengan satu syarat. Engkau mesti berkahwin dengan Annur pada tarikh yang sama dia sepatutnya dinikahkan dengan Afroz Mazher, tapi selepas itu korang berdua boleh keluar dari rumah aku dan haram untuk korang menjejakkan kaki ke mari lagi walau dalam apa jua keadaan.” Itulah syarat yang telah ditetapkan oleh Mazita yang akhirnya melontarkan Annur ke sangkar emas penuh derita.


Afroz Mahzer sengaja mendera isterinya zahir dan batin. Sengaja menafikan hak yang sepatutnya diberikan oleh seorang lelaki yang telah bergelar suami bagi seorang perempuan. Kemusnahan cinta yang pernah di rasainya dahulu menjadi dendam yang membawa pada sebuah penyiksaan buat sesiapa yang cuba meraih cintanya. Itulah yang di hadapi oleh Annur. Dia di bawa ke bumi yang asing baginya, jauh dari sanak saudara dan di hidangkan dengan penderitaan yang sukar diramal. Hamparan hidup yang telah di sediakan oleh Afroz Mazher penuh dengan kaca-kaca siksa yang pasti melukakan dirinya. Pengorbanan dan ketulusan untuk menerima lelaki itu tidak pernah di iktiraf malah dia bakal menerima habuan andai apa yang dilakukannya bercanggah dengan apa yang telah di tetapkan oleh Afroz sewaktu malam pertama mereka dulu. Walau pun terluka, tapi Annur tetap bersabar dan berusaha menawan untuk melembutkan kelikir cinta suaminya.
Dia terpaksa menyaksikan perlakuan sumbang Salika yang sengaja menggoda suaminya malah kehormatannya hampir di cabuli oleh Nadeem sewaktu dia ghairah merangka agenda sempena menyambut Harilahir Afroz. Natijahnya dia di siksa atas segala perbuatan yang tidak dilakukan tanpa sedikitpun ruang untuknya membela diri. Annur masiah mampu bersabar untuk terus menelan segala kepahitan yang dihidangkan untuknya. Dia masih melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri buat lelaki sekejam Afroz Mazher yang langsung tidak menghiraukan kewujudannya. Layanan lelaki itu hanya lembut dan romantis bila Neelam sesekali bertandang ke rumah mereka. Ketika Afroz parah di belasah oleh kunco-kunco Nadeem dan Salika, Annur jugalah yang menjadi jururawat tidak bertauliah merawatnya. Namun segala kebaikan itu masih tidak berupaya meleburkan kelikir dendam cinta di hati lelaki itu. Kemuncak segala derita apabila permintaan Afroz pada Neelam dibalas dengan syarat yang benar-benar membakar kesabaran lelaki itu….

“Kau akan dapat kembali segala yang pernah menjadi milikmu setelah Annur memberikan waris pada keturunanmu…”


Akhirnya tanpa pertimbangan waras akal, Afroz telah memukul Annur dengan teruk dan mengalam truma yng amat kronik. Dia diselamatkan oleh keluarga Shariff lantas merawat jiwanya hingga pulih. Namun ketentuan Allah mengatasi segala perancangan yang terdaya dilakukan oleh manusia. Annur dipertemukan kembali dengan kekasih yang dianggapnya pengecut dan penyebab hidupnya menjadi segawat itu. Hazral muncul di saat Annur pasrah pada nasib dirinya. Annur menyerahkan nasibnya pada segala ketentuan yang talah ditakdirkan buatnya.


Apakah kesudahan nasib Annur... bagaimana kesudahan kisah sedihnya bersama lelaki yang tidak pernah menghargai akan kehadirannya.... dan apa pulak tindakan Hazral setelah bertemu kembali dengan Annur.... kalau nak tahu apa yang terjadi pada Afroz, Nadeem, Salika dan yang lain-lain, cepat-cepatlah dapatkan novel ini di kedai-kedai buku yang berhampiran. Percubaan pertama penulis ini menghasilkan sebuah novel bertemakan konflik rumahtangga harus diberi pujian. Dia berjaya menyeret emosi wanita untuk turut merasakan penderitaan yang di tanggung oleh Annur yang diperjodohkan dengan seseorang yang tidak dikenali jauh sekali di cintai. Kerana harta dirinya merana… kerana harta jiwanya tersiksa…..


Novel ini juga memberi pengajaran yang boleh kita renungi bersama…..


1. Ibubapa haruslah bermusyuwarah dengan anak-anak sebelum menentukan jodoh untuk anak-anak mereka agar terhindar dari segala perkara yang tidak diingini.


2.Kenalilah sahabatmu zahir dan batin sebagaimana kau mengenali bayangnya dan curigailah sahabatmu biarpun sebesar hama sebelum menyerahkan kepercayaan agar tidak di khianati tanpa tidak kau sedari.


3.Usah menjadi pendendam cinta hanya kerana dirimu di sakiti, justeru jadikan lah kesakitan itu sebagai panduan untuk kau mencari penawar menyembuhkan luka atas apa yang pernah kau alami.


4. Seorang isteri adalah amanah yang allah anugerahkan buat lelaki bergelar suami. Layanlah dia dengan sebaiknya bukan di sakiti dengan sewenangnya.


Apa pun satu teguran yang rasanya boleh direnung oleh penulis ini. Flashback yagn dilakukannya dalam mengimbas kembali memori di zaman Universiti dulu agak panjang. Di awal penceritaan, penulis telah membawa pembaca pada perkahwinan Eleanur Aqilla dengan Afroz Mazher. Bila flashback itu agak panjang [dari bab 3 hingga ke bab 22] membuatkan pembaca boleh terlupa seketika akan plot di awal garapannya. Tapi aku suka cara dia menyambungkan kembali plot reality dengan flashback, cantik… membuatkan kita tidak hilang arah dalam pembacaan yang telah digariskannya. Syabas dan tahniah atas cubaan yang berani darinya. Mengenengahkan satu lagi rencah dalam kehidupan yang semamangnya berlaku dalam masyarakat kita.....


Aku suka cara dia berkomunikasi dengan rambulan. Meluahkan apa yang jua yang dirasa dan dialaminya. Nampak sweet je... Ehem... pernah buat ke.... ahaks.....



“Rambulan, izinkan aku mencatatkan isi hatiku di dadamu.. biar airmata ini menjadi warna pada duka dan luka yang aku rasa, hadiah dari seorang yang apakah layak untuk ku panggil SUAMI…. "

Wednesday, February 6, 2008

Kau Yang Tak Mengerti By Ieyza Faisal

"Rembulan ,izinkan aku mencatatkan isi hati ini di dadamu......


Watak :
Eleanur Aqilla
Afroz Mazher ( suami Eleanur )
Hazral ( kekasih Eleanur )
Mazita ( Ibu angkat Eleanur )
Nadeem ( kawan Afroz )
Sarika ( kawan wanita Afroz )

sinopsis:


Eleanur Aqilla ( Annur ) berkahwin dengan Afroz Mazher atas paksaan ibu angkatnya. Annur rela kerana Hazral tidak menepati janji yang di buat. Perkahwinan yang disangka membawa perubahan kepada dirinya.. sebenarnya membawa derita. apabila pada malam perkahwinan lagi Afroz telah membentangkan syarat bahawa perkahwinan mereka semata - mata diatas kertas sahaja.

Annur dibawa Afroz ke India. disana bermulalah kehidupan Annur yang seumpama terkurung di dalam sangkar emas. Kehidupannya bukanlah sebagai seorang isteri tetapi lebih merupakan seorang gaji. tiada kehidupan seorang isteri dalam hidup Annur. Walaupun begitu..apabila diijabkabulkan , sebagai seorang wanita ketaatan itu adalah terhadap suami , Annur terus sabar melayan kerenah Afroz dan dalam diam Annur telah jatuh hati terhadap Afroz..dan dia berazam untuk merubah sikap Afroz

Ternyata Annur gagal merubah sikapAfroz yang sudah tidak percayakan wanita. Kemuncak kepada sikap Afroz.. Afroz telah menjatuhkan talak. Berbahagiakan Afroz..? setelah perpisahan itu, Annur bertemu semula dengan Hazral. Hazral sedaya upaya memujuk Annur untuk menerima dia semula. akhirnya mereka bersatu semula. namun dalam hati Annur dia masih teringatkan Afroz.Kesabaran Hazral dan kasih sayang Hazral berjaya mengubat luka dihati Annur .



Pendapat peribadi:

* Kau yang tak mengerti.... Mengisahkan Afroz seorang suami yang tidak memahami kasih seorang isteri . tidak mampu menerima cinta seorang wanita..mungkin kerana ego atau kegagalan cinta pertama.

* -Perasaan ketika membaca novel ni.. geram sungguh dengan sikap Afroz yang terlalu ego dan terlalu mempercayai rakan pejabat iaitu Nadeem dan Sarika.
-Sedih..pilu..dengan keadaan Annur yang kesakitan ketika di pukul oleh Afroz..dan dengan keadaan Annur tiada teman untuk berbicara..

Antara iktibar.... mesej ....

* Kemewahan bukanlah segalanya..tetapi kasih sayang menjadi ukuran utama kepada kebahagiaan berumahtangga.
* Paksaan dalam perkahwinan adakala mengundang penderitaan kepada si anak. tambahan pula paksaan itu berdasarkan motif tertentu

Aku Cinta Kamu By Jihan



AKU CINTA KAMU : ebriza md. aminnudin

"terima kasih atas segala-galanya. terima kasih kerana dah beri pengalaman cinta yang sungguh bernilai ini. terima kasih juga kerana dah jerat aku ke kancah penderitaan"


"untuk terima kau semula adalah sesuatu yang mustahil bagi aku. aku benar-benar terluka"


"percintaan memerlukan ikatan dua jiwa yang kukuh"


"bukan senang nak lupakan cinta pertama. walaupun dah disakiti dengan teruk, tapi cinta pertama merupakan nikmat dalam segala cinta. walaupun ada pengganti tapi takkan sama dengan cinta yang pernah kita alami. cinta pertama sentiasa bermain di ingatan"



"bila mata bertemu mata, akan mula rasa kasih bila hati bertemu hati, akan mula rasa sayang tapi bila cinta dah berputik, hiasi ia dengan kesabaran, ketabahan, keimanan dan ketaqwaan supaya cinta akan bersemi kekal hingga ke akhir hayat"



"cinta pertama memang sukar untuk dikikis dari lubuk sanubari"



"tidak diduganya lelaki yang pernah menghancurkan hatinya suatu waktu dahulu kini kembali untuk bertakhta dihatinya semula"



"kebahagiaan? kebahagiaan apa yang akan kau beri? dulu pun kau pernah janji maca tu tapi akhirnya kau khianati cinta kita. semua janji kau adalah palsu belaka dan tak mungkin untuk aku mempercayainya kali ini"


"orang cakap tak baik tau benci-benci orang kerana daripada kebencian tu akan lahirnya kasih sayang"



:: aku cukup tersentuh bila baca novel ni. rasanya penulis ni penulis baru kot tapi cara penulisannya macam dah biasa tulis novel. mungkin dia pernah buat cerpen atau e-novel..banyak yang baoleh dipelajari dari novel tulisan ebriza ini..mungkin juga ianya pengalaman hidup seseorang atau sekadar kebetulan..