Wednesday, July 23, 2008

REVIEW: HANYA DIKAU BY MISSCUN

Ira Fashua seorang gadis yang sungguh keras kepala. Kedegilan yang tidak dapat di pulihkan oleh ahli keluarga dan sehinggalah dia berkahwin. Hanya dirinya sahaja yang betul. Ira Fashua mempunyai pengalaman yang cukup pedih. Apabila perkahwinan yang diharap bahagia hanyalah tinggal harapan. Ini kerana lelaki yang bakal menjadi suaminya itu adalah seorang homoseksual. Di saat diri bakal diijabkabulkan oleh tok kadi terbongkarlah rahsia siapa yang sebenarnya bakal suaminya itu.

Bermula dari situ dia menganggap kesemua lelaki semuanya sama. Walaupun dia berkahwin dengan lelaki sejati. Kedegilannya itu telah memakan dirinya sendiri. Kerana kedegilan dan keras kepalanya, akhirnya perbuatanya itu dibalas kembali oleh suaminya sendiri. Walaupun hanya lakonan semata-mata.

Apa yang berlaku keatas diri Ira Fashua sewaktu suaminya berlakon mencintai Sarina.

Berjayakah lakonan Zafril dengan Sarina untuk membuatkan Ira Fashua cemburu.

Siapakah yang merogol Ira fashua sewaktu dia berasa dirumah ibubapanya?

Mengapa Zafril tiba-tiba menghilangkan diri selepas isterinya dinodai.

Sebenarnya banyak persoalan yang perlu korang semua kupaskan. Jadi nak tahu apa jawapan pada soalan aku tu korang kenalah pergi beli novel ni. Tapikan aku rasa Ebriza ni kena banyak potong dia punya diolag yang panjang menjadi pendek. Punyalah panjang dialog dia. Macam tak cukup memori untuk aku membaca dan mengeja pada dialog panjang dia tu. Tetapi ada tetapi dia tu, Ebriza kena banyak membuat semakan keatas ejaan dia, sebab banyak ejaan yang aku nampak salah ejaan dia.


Hanya Dikau
Penulis :- Ebriza Aminuddin
Harga :- RM 19.90
Terbitan :- Buku Prima

Sinop :-

Peristiwa silam membuatkan Ira Fashua tidak lagi mempercayai lelaki. Pertemuan Ira Fashua dan Erze Zullis pula merubah corak kehidupannya. Sering berlaku pertengkaran sehingga Erze Zullis
sedar bahawa dia mencintai Ira Fashua dalam diam. Dapatkah Erze Zullis menagih cintanya dari Ira Fashua?

Fregmen :-

“Inilah cabutan bertuah yang sesuai di atas keceluparan korang berdua.” Sambil menyapu air mata yang tumpah, Ira Fashua berlari keluar daripada bangunan itu dan melemparkan dirinya ditepi kolam mandi sambil memandang kepada rembulan diiringi dengan esakan yang agak kuat.

‘Ya Allah ... hina sangatkah aku jika tak kahwin lagi? Dulu, Kau turunkan aku dengan dugaan yang agak hebat untuk aku mengatasinya dan kini kau menguji aku lagi. Berapa banyak ujian yang harus aku terima daripada Kau? Tak kahwin pun salah ... Putus tunang pun salah ... Bercerai pun salah. Kenapa semuanya menjadi kesalahan di mata masyarakat? Aku sudah tidak tahan mendengar penghinaan seumpama itu lagi. Kesabaran aku ada hadnya ... sampai bila telinga aku akan disajikan dengan penghinaan? Ya Allah ... hanya pada kau aku menyembah dan bermohon, bantulah aku untuk mententeramkan hati yang sedang bergelora ini. Hanya kau sahajalah tempat aku mengadu Ya Allah ...’ Ira Fashua mengesat air matanya yang semakin lebat turun mencurah ke dataran pipi.

Kebetulan Erze Zullis juga berada di situ semasa kata-kata penghinaan itu dikalungkan kepada Ira Fashua. Erze Zullis turut mengekori langkah Ira Fashua ke luar taman dengan hasrat untuk memujuknya. Erze Zullis juga dihurungi dengan rasa bersalah kerana dialah puncanya Ira Fashua dihina sebegitu. Jika bukan dia yang memaksa Ira Fashua memakai gaun yang dibelikannya, mungkin wanita itu tidak akan dihina ... namun, Ira Fashua sememangnya jelita di dalam pakaian itu.

“Fashua ...” Erze Zullis memanggil dengan nada yang cukup lembut dan romantis sekali sehingga menggetarkan perasaan Ira Fashua yang mendengarnya. Ira Fashua menyapu air matanya terlebih dahulu sebelum berpaling mengadap Erze Zullis. Pada mulanya, Erze Zullis hendak mententeramkan hati Ira Fashua yang sedang dilanda ribut, namun dia tidak jadi hendak berbuat begitu apabila sudah berhadapan dengan wanita itu. Sebaliknya, terbetik rancangan lain di hatinya.

“Awak nak apa? Kenapa awak ekori saya ke sini? Sepatutnya awak berada di dalam sana kerana majlis tak kan berseri tanpa kehadiran awak.” Ira Fashua mula mengatur bicara walaupun nada suaranya masih sebak setelah puas tangisan dikeluarkan. Ira Fashua juga agak hairan, bagaimana Erze Zullis mengetahui dia berada di situ sedangkan tiada siapa pun yang tahu pada masa dia keluar.

“Awak pula kenapa berada di sini? Saya membuat jamuan untuk menggembirakan hati para pekerja saya bukannya untuk membuat mereka menyediri.” Tenang Erze Zullis membalas bicara.

“Awak peduli apa saya berada di mana? Saya bukannya orang penting pun dalam hidup awak untuk ketahui setiap gerak geri saya. Saya tak suka awak perhatikan saya pada setiap masa kerana saya bukan budak-budak untuk berada di dalam jagaan awak. Pergilah masuk! Menyibuk saja ada di sini!” Ira Fashua mula naik berang kerana hatinya yang masih lagi belum terubat diganggu pula. Erze Zullis menyimpul senyuman sinis.

“Jadi ... betullah apa yang mereka katakan tu sehingga awak lari ke sini.” Bicara Erze Zullis juga sudah bertukar ke nada yang sinis. Terlopong mulut Ira Fashua seketika dengan kata-kata yang terluah daripada bibir jejaka itu.

“Apa maksud awak?” Ira Fashua tidak senang dengan Erze Zullis.

“Kalau awak lari macam ni ... awak seakan-akan mengiakan kata-kata mereka bahawa benarlah awak datang ke sini untuk menggoda jantan. Cuba awak abaikan apa yang mereka cakap dan menyertai kami semula. Itu pun, jika betullah awak ke sini bukan dengan niat untuk menggoda jantan.” Cukup sinis sekali Erze Zullis mengeluarkan kata-katanya menyebabkan lahar kemarahan Ira Fashua kembali memuncak.

‘Kalau tak kerana kau yang berikan aku gaun ni ... aku tak kan digelar penggoda jantan! Kerana kau diri aku dihina, bangang!’ Ira Fashua meluahkan amarahnya di dalam hati sebelum terkeluar melalui mulut. Ira Fashua sudah mula menggetap bibir menahan geram sambil memandang tepat ke wajah Erze Zullis yang nampak kecil sahaja dilayar matanya.

“Hei budak kecik! Kau jangan nak mentafsir aku macam tu. Kalau tak kerana kau yang paksa aku pakai gaun ni ... aku tak kan dihina begitu! Kerana baju kaulah ... aku menerima penghinaan itu! Jaga sikit mulut kau, jangan cakap ikut suka hati saja! Kau tak layak menilai aku! Kehadiran kau hanya menghuru-harakan hidup aku. Pergi mampuslah kau dengan jamuan kau tu! Aku nak balik!” Ira Fashua semakin meradang melihat wajah Erze Zullis lalu berlari menuju ke pintu hotel setelah melihat ada teksi yang sedang berhenti di hadapannya. Erze Zullis memanggil Ira Fashua untuk menghantarnya pulang. Namun jeritan Erze Zullis tidak dihiraukan oleh wanita itu.

“Fashua ... awak nak ke mana tu? Kalau awak nak balik, biar saya hantar awak pulang.” Laung Erze Zullis daripada belakang mengejar Ira Fashua yang sudah jauh ke hadapan.

“Tak payah! Aku tak perlukan khidmat kau!” Balas Ira Fashua dalam nada yang sama dan panggilannya juga sudah bertukar kepada aku dan kau.

“Awak tak takut ke ... kalau-kalau ada orang kacau awak dalam pakaian tu?” Erze Zullis masih mengejar tidak berputus asa.

“Aku tahu jaga diri Aku. Kau tak perlu bimbang!” Ira Fashua masih berdegil untuk berlembut dengan Erze Zullis. Semasa sedang berlari, tidak semena-mena kasut tumit tinggi Ira Fashua terbenam ke dalam satu lubang yang terdapat di hadapan pintu pagar hotel itu. Terhenti seketika larian Ira Fashua. Ira Fashua cuba menarik kasutnya daripada tersangkut di dalam lubang, namun kasut itu seolah-olah tidak mahu tertanggal sedangkan langkah Erze Zullis semakin hampir dengan Ira Fashua.

“Fashua .... jangan pergi! Tunggu!” Suara Erze Zullis menampar-nampar ke cuping telinga Ira Fashua.

‘Ish ... aku nak cepat, kasut ni pula buat hal! Nak tersangkut pun ... masa ni lah juga. Tak boleh jadi ni ... kalau aku masih lagi menarik kasut ni daripada dalam lubang, budak kecik tu pasti akan tangkap aku. Ah ... tinggal sajalah. Dapat gaji nanti aku beli yang lain. Nasib baik tak pakai kasut Bonia!’ Ira Fashua membebel sendirian lalu mengeluarkan kakinya daripada kasut itu dan terus berlari mendapatkan teksi yang masih lagi tersadai di tepi bahu jalan. Semasa Erze Zullis sampai ke tempat kasut Ira Fashua tersangkut, wanita itu sudah pun dibawa pergi oleh teksi. Erze Zullis sudah tidak terdaya lagi untuk mengejar lalu melepaskan lelahnya seketika. Namun, matanya kembali bercahaya apabila terpandang kepada kasut Ira Fashua yang tertinggal. Perlahan-lahan, Erze Zullis tunduk dan mengambil kasut itu daripada terus berada di dalam lubang.

“Hmm ... persis Cinderella. Memang kena dengan tema malam ni. Aku tahu apa yang aku nak buat dengan kasut Cik Cinderella yang garang tu. Kau akan terima habuannya, Fashua ... kerana tidak memberi peluang pada aku!” Erze Zullis menguntum senyuman bermakna kerana sudah terbetik satu rancangan di mindanya untuk mengenakan Ira Fashua pada hari Isnin nanti. Kasut itu disimpannya di dalam kereta sebelum dia masuk ke jamuan itu semula.


Tags: ** bintang, buku prima, ebriza aminuddin